Bismillahirrahmanirrahim,
Hari nie nak bagi resepi atas permintaan seorang yang putih gebu lagi manis... heheh..
Foto udangnya diprivasi dulu sebab udangnya besar sangat.. tak muat nak upload ye Umi D...
:).. Oklah jomle kita tengok resepinya yer,...
Bahan-Bahan :
Udang segar 8 ekor (tak kisah lah galah ke, rimau ke, ketam ke-ehh)...
Bawang merah (kecil) 8 biji *
Bawang putih 3 biji *
Halia ikut udang, kalau banyak, banyak le, kalau sikit letak sikit jehalianya, 1/2 ibu jari *
Cili padi (kalau nak pedas letak sekilo pun takpe- :p) *
Minyak masak satu senduk untuk menumis
Rempah kari udang/ikan kering (wajib ada ye.. namapun masak kari ye kawan2..)
Daun kari / karipulai 1-2 tangkai (utara slang)
Sedikit garam (kalau rasa tawar letak la lagi garam)...
Kuali ( kalau nak pakai periuk pun boleh)...
Cara-Cara;
1. Kisarkan / blendkan bahan yang bertanda *..
2. Panaskan minyak atas kuali dan tumiskan bahan yang telah dikisar/diblendkan tadi.
3. Tumis sampai agak-agak kekuningan , atau masak ( awas ye jangan sampai hangit ) .
4. Rempah kari tadi bancuh sikit dengan air panas supaya takde lah nanti dia hangit sangat sebab terus masuk dalam kuali panas
5. Selepas itu , masukkan udang, tunggu sehingga masak , jangan lama sangat nanti kecut udang.
6. Masukkan garam secukup rasa..
7. Hidangkan dan makan... :)
Ok , sekian sahaja daripada #dapurmadam... Selamat mencuba ye Umi D yang gebu lagi manis...
As salam...
Salam manis,
MamaBlogspot