Sunday 22 November 2015

MAEPS, Jualan Buku YES

As salam dan salam sejahtera.

Hari ini Mama dan keluarga pergi MAEPS... Tujuan asalnya nak bawa anak-anak pergi tengok Upin & Ipin.. so pergilah kitaorang ke MAEPS tu..Berpusing-pusing carinya guna Wave.. hahaha.... Akhirnya sampai juga ke tempat yang nak dituju..  Nak cerita pasal parking, biasalah parking memang besar dan banyak,, Kalau sape rajin nak exercise  jalan kaki boleh parking di bawah.. Ada bas angkut naik ke atas... Mama & family prefer parking kat atas je..  Motif bukan malas nak berjalan tetapi nak kejar masa.. Masa pergi pun dah petang, nanti nak naik tangga lagi, nak naik lif lagi ambil masa juga kan....  

Part 2, eh.. tetiba ada part pulak kan... hahhaa... Ok, masa dah sampai tu, da nampak gambar Upin & Ipin,. Prince & Princess da macam exitedlah kan, tapi bila sampai... ada barisan panjang.. Eh, Mama cakap dengan ayahnya Prince & Princess, ada apa kena beratur tu.. Panjangnya ada dekat lebih 10 meter.. Ha anda rasa? .. hahahaa.. So, Mama tak beratur terus je jalan nak ke tempat jual buku terusah .. Tak sanggup rasanya nak beratur dengan anak-anak.. Huhuhu... Di pertengahan jalan tu, ada satu family ni, tegur kitaorang, cakap nak beli tak gelang & tiket yang dia dah guna.. So, dengan terperanjat, Mama pun cakap lah.. lahai kena bayar ke nak masuk.. Iye, dia cakap kena masuk.. So, Mama dengan ayahnya Prince & Princess buat keputusan tak payah masuk.. Bukan sebab kena bayar tetapi memandangkan barisan yang panjang, tak tahu besar mana nak tawaf dalam tu karang, lebih baik tengok buku aja..

Part 3,  haaaa.. hahaha... Jualan buku murah ni dekat dalam Dewan C, dekat je Upin & Ipin dengan jualan buku murah ni.. berhadapan aja..  Kalau masuk tak kena tiket tu kena membelilah kan jawabnya..  so, kitaorang pun masuklah .. memang murahlah buku-buku akademik, islamiklah yang banyak yang dijual harga diskaun 50-70%..  Belek punya belek, pilih punya pilih, belilah lil Prince & Princess macam foto di bawah ini ..

P&P Collection Books.
Oklah.. setakat ini cerita mamablogspot.  Ada masa MamaBlogspot post lagi.. Dah sejuk ketandusan ayat nak taip buat hari ini.. Hehe...

Salam Sayang,
MamaBlogspot





Saturday 21 November 2015

Sportlight, Mines..

As salam dan selamat pagi..

Hari Sabtu semalam mama dan anak-anak keluar.. Keluar pergi jalan-jalan..
Kitaorang banyak rancangan sebenarnya, yang my pricess nak pergi IOi City Mall, kejap-kejap cakap nak pergi EON, so Mama cakap kita pergi Mines ajalah sebab Mama nak pergi cuci mata dekat Sportlight kejap.. Dengar cerita ada selected barang yang murah..

So , sebelum sampai Mines tu, kan ada Mines 2, ha.. punyalah ramai Chinese.. Apahal pulak.. Rupa-rupanya ada pameran buku, braintrain, mainan, macam-macamlah... Kebanyakannya buku Chinese dan buku komik Chinese... Tak apa.. MaMa & anak- anak menyibukkan diri pergi masuk dalam kumpulan keluarga Chinese.. Nak intai-intai tengok ada tak yang menarik untuk anak-anak Mama..
So, pusing-pusing, jumpa mainan minda untuk my prince, and bila dah beli, my prince and my princess nampaknya leka pula main peta jalan and macam ada signboardlah..puzzle macam tulah lebih kurang.  Harganya sangat berpatutan kalau nak di bandingkan dengan harga yang pernah Mama beli satu puzzle kayu tu.  Banyak mainan bagus untuk perkembangan minda anak-anak.

lil prince & lil princess play memory 
Education play toy.. 48 chalenge games

Ok,, Sekarang nak cerita pasal Sportlight pulak.. Sportlight dekat Mines ni lebih kurang macam Ikealah konsep dia.. pusing-pusing and tengok barang-barang, kalau nak beli kain contohnya, kena bawa kayu kain tu pergi kaunter potong kain.. u fikir & tengoklah sendiri harganya.. Salesgirls tak ramai ok.. Kalau korang nak buat partime boleh try apply.. Hehehee.. Gurau pun tak boleh? Hehehe...
Tujuan utama MaMa nak jalan kat Sportlight ni sebab nak tengok bread maker.. Mana tahu kut2 harganya murah.. Tapi tak ade pulak.. Yang nampak mesin jahit banyaklah harga offer jenama Brother.. Sape nak beli boleh pergi situ.. Sekarang tengah promosi.. So, barang yang Mama terbeli ambil ialah sukatan tepung tu, kain untuk buat lapik microwave Mama.. (semeter 30 hinggit ok).. Harganya berbeza kalau jadi ahli Sportlight ya... Kalau nak murah jadilah ahli  Sportlight..


Mama punya barang..
Sampai di sini dulu coretan Mama untuk kali ini.. In sya Allah ada masa nanti Mama share lagi ya..

Salam sayang,

MamaBlogspot

Sunday 8 November 2015

Sup Ayam simple..

As salam & salam sejahtera semua..

Hari ini mamablogspot nak share resepi sup ayam simple (clear chicken soup ). Ok jom kita tengok..

Sup Ayam ala MamaBlogspot


Bahan-bahan:

Separuh ayam daging*
Halia (diketuk)*
Air
4 biji Bawang merah
3 biji Bawang putih
Daun bawang
Sup bunjut
1 batang Kulit kayu manis
3 kuntum Bunga lawang
3 biji Buah pelaga
Minyak masak
Garam

Cara-caranya:

1. Renehkan dengan air melebihi paras ayam , selama 15 minit bahan bertanda*..

2.  Toskan ayam dan stok

3.  Tumbuk 2 bji bawang merah, 2 biji lagi hiris

4.  Tumbuk 2 biji bawang putih. 2 biji lagi hiris

5.  Selepas itu, panaskan periuk, masukkan minyak.. Biarkan minyak panas sekejap, tumis bawang yang ditumbuk & yang dihiris.. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Biarkan sehingga naik bau.  Kemudian masukkan sup bunjut.

6.  Masukkan ayam dan kemudian stok ayam..

7.  Akhir sekali masukkan sedikit garam setelah sup mereneh dan ayam sudah masak.

8.  Tutup api dan masukkan daun bawang yang telah dipotong kasar

9.  Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba.

Salam sayang,
MamaBlogspot



Cap buaya tegak...

As salam & salam sejahtera..

Throwback 23 Oktober hari tue pergi cari kuali.. Dah hampir 10 tahun kahwin guna tak beli kuali baru.. hahha.. RARE tak mama...  So hari tu belilah kuali kat kedai biasa-biasa je... Biasanya elok beli kat Thailand ke , kat Kelantan ke kat sempadan Siam tu kan sebab murah.. Macamanapun kalau kira-kira kos pergi balik dah lebih daripada harga kuali beli kat sini kot..hehehe..

Cerita pasal periuk , kuali cap yang paling popularlah kan bagi kuali2 yang biasa nie. Cap Buaya Tegak.  Kalau nak tahu daripada kecil Mama tahu kalau mak Mama cari atau pergi beli kuali sibuk nak juga cap buaya tegak.. Kenapa bagus sangat ke kuali jenama ni,, katanya sebab tebal, tak mudah hangit masakan.. :)

So, jomlah layan barang dapur Mama yang tak seberapa ni.. Saja je post nak save date.. katanya... hahaha..




Ok bye..

Salam sayang,
Mama Blogspot.

Wednesday 4 November 2015

Jagung Rebus Manis a.k.a Sweet Corn..

As salam & hi friends,

Ini catatan bulan November 2015... Huhuu.. sibuk dengan segala urusan okey (ye ke)...

Hari ini Mama nak kongsi resepi Jagung Rebus Manis..  Ala jagung macam kita beli kat kedai tu..
Ada stall yang jual jagung rebus (eh rebus ke kukus) ... hahaha..


Ok bahan2nya.. :-

Jagung ( kupas @ potong isinya.. ) batang tak payah..
( Kalau nak senang beli yang dah siap tu, dalam sebungkus)
Mentega
Sedikit garam

Cara-caranya:-

1.  Mula-mula biar air mendidih dalam 20 minit.

2.  Masukkan jagung dan tutup dalam lebih kurang 25 - 30 minit.

3.  Kemudian angkat dan gaulkan mentega ke butter ke dalam satu - dua sudu.. Kalau suka mentega letaklah banyak.

4.  Taburkan sedikit garam dan gaul lagi.

5.  Hidangkan di dalam mangkuk

6.  Makan le apa lagi.. heheh ... :)

Itu je resepi untuk bulan ini.. Kalau ada lagi Mama cerita lagi okeh..

Oklah tu kan sebulan satu post daripada tak ade langsung.. Hi2...

Salam sayang,
Mama Blogspot...