Tuesday 17 January 2017

Pancake Mudah

As salam semua

Hari ini saya nak share resepi mudah yang anak-anak kita boleh makan waktu pagi atau petang.



PANCAKE 

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 sudu makan minyak jagung
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu makan gula
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:

1.  Pukul telur sehingga sedikit kembang
2.  Masukkan tepung, setelah itu masukkan minyak jagung, gula, susu segar dan esen vanila.
3.  Panaskan kuali dan sendukkan bahan pancake.
4.  Setelah melihat pancake ada melembung kecil, alihkan sekejap.
5.  Sedia untuk dihidangkan.

Mudahkan..

Cubalah.

January, 2016
Mawarmama Blogspot

Thursday 5 January 2017

Idli (Makanan India)

As salam semua.

Hari ini saya nak kongsi resepi Idli yang dishare oleh saudari Nazimah Nasir difacebook.




Bahan-bahan adunan doh:

Tepung ulunthu     200grm
Beras                          1kg
Nasi masak                 1kepul

Cara mengadun doh:

1.  Rendam bahan-bahan doh tersebut ke dalam air selama 1 jam bagi melembutkan bahan.

2.  Setelah ia lembut, tapiskan air dan kisarkan bahan tersebut dengan lumat sekali.

3.  Masukkan 2 cubit garam dan sedikit sodium bikarbonat ke dalam doh dan gaulkan sehingga sebati.

4.  Simpan sehingga 2 jam bagi doh itu naik.

Cara memasak doh:

1.  Bersihkan alat pengukus idli dengan bersih dan sapukan sedikit minyak pada permukaan acuan idli supaya tidak melekat pada acuan.

2.  Tuangkan sedikit demi sedikit dalam semua acuan dan tuangkan air dalam balang pengukus.

3.  Letakkan acuan beserta kuah tersebut berhati hati supaya tidak tumpah.

4.  Masakkannya sehingga 10 minit dan keluarkan.

5.  Sedia untuk dihidangkan.

Bahan membuat chutine:

Kelapa parut 100 g
Daun kari 5 helai
Cili Kering 10 biji
Cili Merah 5 biji
Bawang Merah 1 ulas

Cara membuatnya:

1.  Kisarkan kelapa parut, cili kering dan cili merah.

2.  Masakkan bawang merah dan daun kari di dalam minyak sedikit sehingga kemerahan.

3.  Masukkan kuah kisaran ke dalam kuali dan masakkan dalam 15 minit.

4.  Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.  Saya pun tak pernah makan Idli ni.. Hi2... Cuma simpan dan kongsi resepi di blog mama ni...  

Salam sayang,
Smile Always,
Mama Rose...


Tuesday 18 October 2016

Kek Pisang

As salam dan selamat malam.

Malam ini saya nak save resepi kek pisang garenti gebu ni daripada Yatie Sendayu Tinggi.. Terima kasih kerana walaupun beliau sibuk namun masih sudi memberi resepi melalui air tangannya sendiri. Resepi kedua saya kongsi resepi Citra Klasik, Kajang untuk simpanan saya sendiri dan jika kawan-kawan nak cuba boleh cuba.  Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.  Semoga kalian dilimpahi pahala di dunia dan di akhirat .. Aamiin

Jom kita tengok resepinya....

Kek Pisang Garenti Gebu 

8 biji pisang
6 biji telur
240gm gula perang
400gm tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil ovelate
240gm minyak jagung
2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil serbuk kayu manis
Kacang / almond / gajus panggang

Cara-caranya:

Pukul ovelete, telur, gula perang hingga putih. Masukkan minyak kemudian tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, baking soda, serbuk kayu manis.  Setelah itu masukkan esen vanila. Taburkan kacang di atas sekali selepas adunan dituang ke dalam loyang.    Bakar selama     20-40 minit pada suhu 180'C.

Kek Pisang Sempoi

2 biji telur
1 cawan gula halus
1/2 cawan marjerin
1/2 cawan minyak masak
2 cawan pisang lenyek
1/2 sudu teh esen pisang
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan susu tepung
2 cawan tepung gandum
Secubit garam
Walnat dan coklat chip untuk tabur

Cara-caranya:

Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk.  Kacau guna handwhisk sahaja tak perlu guna mixer. Masukkan minyak dan marjerin.  Kacau rata dan sehingga gula hancur.  Masukkan pisang dan esen. Gaul rata dan akhir sekali masukkan susu tepung, tepung gandum, baking powder dan baking soda. Gaul rata.  Tuang ke dalam bekas foil.  Tabu walnut dan chocholate chip.  Bakar suhu 180'C selama 30-40 minit atau sehingga masak. 

Ok , selamat mencuba

Mama Blogspot...


Resepi Bubur Asyura versi Utara

As salam semua .... Lama tidak menulis di blog ini..

Hari ini saya nak berkongsi resepi atau rujukan saya satu hari nanti...

Resepi ini saya dapat dari internet juga.

BUBUR ASYURA VERSI UTARA

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + 1 sdt garam
3 cawan santan cair
1 cawan gula merah (dimasak dengan 1 cawan air hingga larut dan tapiskan)
3/4 cawan gula putih (nak manis tambah gula)
Segengam kacang tanah, kacang kuda, kacang hijau direndam 3 jam kemudian direbus hingga lembut
Semangkuk keledek dipotong dadu dan direbus hingga lembut
Semangkuk pisang dipotong bulat2
1 tin jagung ADABI
3 sdb sagu halus
3 helai daun pandan

Cara-caranya:


Blenderkan tepung beras dengan 3 cawan santan cair dan tapiskan. Satukan semua bahan kecuali pisang dalam kuali besar atau periuk besar.  Kacau hingga masak dengan  api perlahan.  Agak2 pekat masukkan hirisan pisang.  Kacau lagi hingga betul2 masak dan tidak melekat dikuali.  Asyura yang sudah masak bolehlah dialihkan ke dalam loyang.

RESEPI KEDUA BUBUR ASYURA 

Bahan A 

4 tin kacang kuda, cuci dan toskan
4 tin kacang merah, cuci dan toskan
2 kg keledek potong dadu, rebus dan toskan
5 tongkol jagung segar, potong nipis
2 tin jagung cream
1kg sagu biji, tos dan ketepikan
1kg kacang hijau, cuci, rebus hingga empuk
2 sisir pisang potong bulat-bulat
2kg gula merah cap bintang
1 sudu makan garam
2kg gula putih
6 helai daun pandan
4kg santan
1 liter susu segar

Masuk semua dalam periuk dan masak hingga mendidih

Bahan B 
(tidak wajib letak, jika nak letak lebihkan tepung beras 250gm)

40gm serbuk agar-agar
1500ml air
Masak hingga mendidih dan tuang dalam bahan A

Bahan C

1kg tepung beras
4 cawan tepung jagung
2 liter air
Bancuh dan tang dalam A
*masaklah hingga pekat. selalu dikacau supaya tidak hangit

*  Resepi kedua adalah perkongsian daripada kak Suhaili Anita , resepi Citra Klasik, Kajang.

Ok kawan-kawan selamat mencuba..


Mama Blogspot....
18 Oktober 2016






Sunday 22 November 2015

MAEPS, Jualan Buku YES

As salam dan salam sejahtera.

Hari ini Mama dan keluarga pergi MAEPS... Tujuan asalnya nak bawa anak-anak pergi tengok Upin & Ipin.. so pergilah kitaorang ke MAEPS tu..Berpusing-pusing carinya guna Wave.. hahaha.... Akhirnya sampai juga ke tempat yang nak dituju..  Nak cerita pasal parking, biasalah parking memang besar dan banyak,, Kalau sape rajin nak exercise  jalan kaki boleh parking di bawah.. Ada bas angkut naik ke atas... Mama & family prefer parking kat atas je..  Motif bukan malas nak berjalan tetapi nak kejar masa.. Masa pergi pun dah petang, nanti nak naik tangga lagi, nak naik lif lagi ambil masa juga kan....  

Part 2, eh.. tetiba ada part pulak kan... hahhaa... Ok, masa dah sampai tu, da nampak gambar Upin & Ipin,. Prince & Princess da macam exitedlah kan, tapi bila sampai... ada barisan panjang.. Eh, Mama cakap dengan ayahnya Prince & Princess, ada apa kena beratur tu.. Panjangnya ada dekat lebih 10 meter.. Ha anda rasa? .. hahahaa.. So, Mama tak beratur terus je jalan nak ke tempat jual buku terusah .. Tak sanggup rasanya nak beratur dengan anak-anak.. Huhuhu... Di pertengahan jalan tu, ada satu family ni, tegur kitaorang, cakap nak beli tak gelang & tiket yang dia dah guna.. So, dengan terperanjat, Mama pun cakap lah.. lahai kena bayar ke nak masuk.. Iye, dia cakap kena masuk.. So, Mama dengan ayahnya Prince & Princess buat keputusan tak payah masuk.. Bukan sebab kena bayar tetapi memandangkan barisan yang panjang, tak tahu besar mana nak tawaf dalam tu karang, lebih baik tengok buku aja..

Part 3,  haaaa.. hahaha... Jualan buku murah ni dekat dalam Dewan C, dekat je Upin & Ipin dengan jualan buku murah ni.. berhadapan aja..  Kalau masuk tak kena tiket tu kena membelilah kan jawabnya..  so, kitaorang pun masuklah .. memang murahlah buku-buku akademik, islamiklah yang banyak yang dijual harga diskaun 50-70%..  Belek punya belek, pilih punya pilih, belilah lil Prince & Princess macam foto di bawah ini ..

P&P Collection Books.
Oklah.. setakat ini cerita mamablogspot.  Ada masa MamaBlogspot post lagi.. Dah sejuk ketandusan ayat nak taip buat hari ini.. Hehe...

Salam Sayang,
MamaBlogspot





Saturday 21 November 2015

Sportlight, Mines..

As salam dan selamat pagi..

Hari Sabtu semalam mama dan anak-anak keluar.. Keluar pergi jalan-jalan..
Kitaorang banyak rancangan sebenarnya, yang my pricess nak pergi IOi City Mall, kejap-kejap cakap nak pergi EON, so Mama cakap kita pergi Mines ajalah sebab Mama nak pergi cuci mata dekat Sportlight kejap.. Dengar cerita ada selected barang yang murah..

So , sebelum sampai Mines tu, kan ada Mines 2, ha.. punyalah ramai Chinese.. Apahal pulak.. Rupa-rupanya ada pameran buku, braintrain, mainan, macam-macamlah... Kebanyakannya buku Chinese dan buku komik Chinese... Tak apa.. MaMa & anak- anak menyibukkan diri pergi masuk dalam kumpulan keluarga Chinese.. Nak intai-intai tengok ada tak yang menarik untuk anak-anak Mama..
So, pusing-pusing, jumpa mainan minda untuk my prince, and bila dah beli, my prince and my princess nampaknya leka pula main peta jalan and macam ada signboardlah..puzzle macam tulah lebih kurang.  Harganya sangat berpatutan kalau nak di bandingkan dengan harga yang pernah Mama beli satu puzzle kayu tu.  Banyak mainan bagus untuk perkembangan minda anak-anak.

lil prince & lil princess play memory 
Education play toy.. 48 chalenge games

Ok,, Sekarang nak cerita pasal Sportlight pulak.. Sportlight dekat Mines ni lebih kurang macam Ikealah konsep dia.. pusing-pusing and tengok barang-barang, kalau nak beli kain contohnya, kena bawa kayu kain tu pergi kaunter potong kain.. u fikir & tengoklah sendiri harganya.. Salesgirls tak ramai ok.. Kalau korang nak buat partime boleh try apply.. Hehehee.. Gurau pun tak boleh? Hehehe...
Tujuan utama MaMa nak jalan kat Sportlight ni sebab nak tengok bread maker.. Mana tahu kut2 harganya murah.. Tapi tak ade pulak.. Yang nampak mesin jahit banyaklah harga offer jenama Brother.. Sape nak beli boleh pergi situ.. Sekarang tengah promosi.. So, barang yang Mama terbeli ambil ialah sukatan tepung tu, kain untuk buat lapik microwave Mama.. (semeter 30 hinggit ok).. Harganya berbeza kalau jadi ahli Sportlight ya... Kalau nak murah jadilah ahli  Sportlight..


Mama punya barang..
Sampai di sini dulu coretan Mama untuk kali ini.. In sya Allah ada masa nanti Mama share lagi ya..

Salam sayang,

MamaBlogspot

Sunday 8 November 2015

Sup Ayam simple..

As salam & salam sejahtera semua..

Hari ini mamablogspot nak share resepi sup ayam simple (clear chicken soup ). Ok jom kita tengok..

Sup Ayam ala MamaBlogspot


Bahan-bahan:

Separuh ayam daging*
Halia (diketuk)*
Air
4 biji Bawang merah
3 biji Bawang putih
Daun bawang
Sup bunjut
1 batang Kulit kayu manis
3 kuntum Bunga lawang
3 biji Buah pelaga
Minyak masak
Garam

Cara-caranya:

1. Renehkan dengan air melebihi paras ayam , selama 15 minit bahan bertanda*..

2.  Toskan ayam dan stok

3.  Tumbuk 2 bji bawang merah, 2 biji lagi hiris

4.  Tumbuk 2 biji bawang putih. 2 biji lagi hiris

5.  Selepas itu, panaskan periuk, masukkan minyak.. Biarkan minyak panas sekejap, tumis bawang yang ditumbuk & yang dihiris.. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Biarkan sehingga naik bau.  Kemudian masukkan sup bunjut.

6.  Masukkan ayam dan kemudian stok ayam..

7.  Akhir sekali masukkan sedikit garam setelah sup mereneh dan ayam sudah masak.

8.  Tutup api dan masukkan daun bawang yang telah dipotong kasar

9.  Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba.

Salam sayang,
MamaBlogspot